Sunday, October 3, 2010

Ilmu Amthal Al-Quran

Definisi Amthal al-Quran

·         Bahasa : bentuk jama’ dari matsal, mitsl & matsil yang sama dengan syabah, syibh, dan syabih yang sering diertikan dengan perumpamaan.

·         Istilah : menonjolkan makna dalam bentuk perkataan yang menarik dan padat serta mempunyai pengaruh mendalam terhadap jiwa, baik berupa tasybih ataupun perkataan bebas.

Unsur-unsur Amthal al-Quran :

  1. Wajhu Syabah: segi perumpamaan
  2.  Adaatu Tasybih: alat yang dipergunakan untuk tasybih
  3.  Musyabbah: yang diperumpamakan
  4. Musyabbah bih: sesuatu yang dijadikan perumpamaan.
Contoh
261. bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah (2:261)


Jenis-jenis Amthal al-Quran


1.)  Al-Amthal Al-Musharrahahmatsal yang di dalamnya dijelaskan dengan lafaz matsal atau sesuatu yang menunjukkan tasybih.

Contoh


261. bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah (2:261)

2.)  Al-Amthal Al-Kaminahmatsal yang di dalamnya tidak disebutkan dengan jelas lafaz tamsil tetapi ia menunjukkan makna-makna yang indah, menarik  dan mempunyai pengaruh tersendiri bila dipindahkan kepada yang serupa dengannya.

Contoh

67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Surah Al-Furqan (25:67)



29. dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan Tinggalah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering keputusan.
Surah Al Isra’ (17:29)


3.)  Al-Amthal Al-Mursalahkalimat-kalimat bebas yang tidak   menggunakan lafadz tasybih secara jelas, tetapi kalimat-kalimat tersebut berlaku sebagai tasybih.

Contoh

81. (Mendengarkan Yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya Kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. kaum Engkau Yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama Dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. kecuali isterimu, Sesungguhnya ia akan ditimpa azab Yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa Yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
Surah Huud (11:81)

Faedah Amthal al-Quran

l  Menonjolkan sesuatu yang hanya dapat dijangkau dengan akal menjadi bentuk konkrit yang dapat dirasakan atau difahami oleh pancaindera manusia.
l  Menyingkapkan hakikat dari mengemukakan sesuatu yang tidak nampak menjadi sesuatu yang seakan-akan nampak.
l  Mengumpulkan makna yang menarik dan indah dalam ungkapan yang padat, seperti dalam amthal kaminah dan amthal mursalah dalam ayat- ayat di atas.
l  Amthal lebih berpengaruh pada jiwa, lebih efektif dalam memberikan nasihat, lebih kuat dalam memberikan peringatan dan lebih dapat memuaskan hati. Dalam Al-Qur’an Allah swt. banyak menyebut amthal untuk peringatan dan supaya dapat diambil ibrahnya.
l  Menghindarkan diri dari perbuatan negatif. 

1 comments:

falconnorpadalino said...

Borgata Hotel Casino and Spa - Mapyro
Borgata Hotel Casino and Spa in Atlantic City offers 2000 guestrooms and suites, over 밀양 출장안마 30000 square feet of casino 충주 출장마사지 gaming, 정읍 출장샵 a variety of dining venues and  Rating: 하남 출장안마 2.7 · ‎32 reviews 충청남도 출장샵

Post a Comment